Cara Hidup Menurut Panduan Yang Ditunjukkan Oleh Rasulullah SAW

Posts tagged ‘Hafal Al-Qur\’an’

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI AKHIR – 5)

zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments

KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1. Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syeikh yang boleh membetulkan bacaan anda jika salah.

2. Hafalkanlah setiap hari sebanyak dua muka surat, satu muka surat selepas subuh dan satu muka surat selepas Asar atau Maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan mampu menghafal al-Qur’an secara mutqin dalam tempoh waktu setahun, akan tetapi jika anda memperbanyak jumlah hafalan setiap hari, maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang terlupa.

3. Hafalkanlah mulai dari surah an-Nas hingga surah al-Baqarah (membalik urutan al Qur an), kerana hal itu lebih mudah.

4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu yang baik dalam cetakan mahupun bentuknya, agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.

5. Sesiapa yang menghafal al-Qur’an, kebiasaannya dalam tempuh dua tahun pertama akan mudah hilang apa yang telah dihafal. Tempuh ini disebut masa ‘tajmi’ pengumpulan hafalan). Oleh kerana itu, jangan bersedih karena sukarnya mengulang atau banyak kekeliruan dalam hafalan. Ini merupakan masa cubaan bagi para penghafal al-Qur’an. Ini adalah masa syaitan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan daripada menghafal. Justeru jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, kerana menghafal al-Qur’an merupakan harta yang sangat berharga dan tidak dianugerahi kecuali kepada orang yang dikaruniai Allah S.W.T. Akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya serta mencontohi sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

Advertisements

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 4)

quran Pictures, Images and Photos

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbezaan antara keduanya. Kemudian buatlah tanda untuk membezakan antara keduanya.

Di samping itu, ketika anda melakukan muraja’ah (ulangan) hafalan perhatikan perbezaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda berjaya mengingatinya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

Akan bersambung dengan tajuk (akhir): KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SETAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama setahun, jadikanlah al-Qur’an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat. Itulah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w semasa hidupnya, baginda membahagi al-Qur’an menjadi tujuh bahagian.Pada setiap hari baginda mengulang setiap bagian tersebut, sehingga menjadi kebiasaan baginda mengkhatamkan al-Qur’an setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah berkata; “aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w bagaimana cara mereka membahagi al-Qur’an untuk dijadikan wirid harian?” Mereka menjawab: “Kami kelompokkan menjadi 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid mufashal dari surat Qaaf hingga khatam ( al-Qur’an)”. (HR. Ahmad).

Jadi mereka membahagi wiridnya sebagai berikut:

– Hari pertama: membaca surah “al-Fatihah” hingga akhir surah “an-Nisa”.

– Hari kedua: dari surah “al-Ma’idah” hingga akhir surah “at-Taubah”.

– Hari ketiga: dari surah “Yunus” hingga akhir surah “an-Nahl”.

– Hari keempat: dari surah “al-Isra'” hingga akhir surah “al-Furqan”.

– Hari kelima: dari surah “asy-Syu’ara'” hingga akhir surah “Yasin”.

– Hari keenam: dari surah “ash-=Shaffat” hingga akhir surah “al-Hujurat”.

– Hari ketujuh: dari surah “Qaaf” hingga akhir surah “an-Naas”.

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: ” Fami bisyauqin ( فـَـمِي بـِــشـَــوْقٍ ) “, dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surah yang dijadikan wirid Nabi s.a.w. pada setiap hari.

Maka:

– huruf “fa / ف” symbol dari surah “al-Fatihah“, sebagai awal wirid beliau hari pertama.

– huruf “mim /م” symbol dari surah “al-Ma’idah“, sebagai awal wirid beliau hari kedua.

– huruf “ya /ي” symbol dari surah “Yunus“, sebagai wirid beliau hari ketiga.

– huruf “ba /ب” symbol dari surah “Bani Israil (nama lain dari surat al-Isra’)” sebagai wirid beliau hari keempat.

– huruf “syin /ش” symbol dari surah “asy-Syu’ara’“, sebagai awal wirid beliau hari kelima.

– huruf “wau /و” symbol dari surah “was-Shafaat“, sebagai awal wirid beliau hari keenam.

– huruf “qaaf /ق” symbol dari surah “Qaaf“, sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surah “an-Nas”.

Pembagian hizib yang ada pada al-Qur’an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 2)


sila klik tajuk di atas untuk melihat ‘siri 1’
BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga.

Langkah ini perlu dilakukan supaya hafalan tersebut kukuh dan mantap dalam ingatan anda, kemudian barulah mulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

BAGIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH / مـُـرَاجـَـعـَـة) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, kerana jika anda menghafal al-Quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu sehingga berjaya menghafaz seluruh al quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal pasti hal itu akan terasa amat berat sekali.

Mengapa? Kerana secara tidak disedari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari ‘zero / kosong /0’, oleh karena itu cara yang paling baik dalam menghafal al-Qur’an ialah dengan mengumpulkan antara muraja’ah (mengulang) dan menambah hafalan baru.

Begini caranya:

i. Bahagikan seluruh mushaf al-Qur’an menjadi tiga bahagian, setiap 10 juzu’ menjadi satu bagian.

ii. Jika dalam sehari anda menghafal satu muka surat, maka ulangilah dalam sehari empat muka surat yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juzu’.

iii. Jika anda telah menyelesaikan sepuluh juzu’, maka berhentilah selama sebulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak lapan muka surat.

iv. Setelah sebulan anda mengulang hafalan, sila mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua helai bergantung kepada kemampuan anda, dan mengulang setiap hari 8 muka surat sehingga anda berjaya menyelesaikan 20 juzu’

v. Jika anda telah menghafal 20 juzu’ maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 muka surat.

vi. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafaz kembali setiap harinya satu atau dua muka surat terpulang kepada kemampuan anda dan setiap hari mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 helai, sehingga anda berjaya menghafaz seluruh al-qur an.

vii. Jika anda telah menghafaz 30 juzu’:

vii (i)

Ulangilah 10 juzu’ pertama secara tersendiri selama satu bulan:

Setiap hari setengah juzu’.

vii (ii)

Kemudian pindahlah ke
10 juzu’ berikutnya.

Setiap hari diulang setengah juzu’,


ditambah:

8 muka surat dari sepuluh juzu’ pertama.

vii (iii)

Kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juzu’ terakhir dengan cara yang hampir sama, iaitu;

Setiap hari mengulang setengah juzu’,


ditambah:

8 muka surat dari 10 juzu’ pertama dan

8 muka surat dari 10 juzu’ kedua.

BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJA’AH DI ATAS?

Ulangilah hafazan al-Qur an secara keseluruhan dengan cara setiap hari mengulang 2 juzu’, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari.

Apabila anda mendisiplinkan diri dengan teknik-teknik yang telah diutarakan di atas, maka insya Allah anda akan mampu mengkhatamkan al-Quran setiap dua minggu sekali.

Dengan cara ini maka dalam jangkamasa setahun insya Allah anda telah mutqin (kukuh) hafazan al-Qur an, dan lakukanlah cara ini selama setahun.

Akan bersambung dengan tajuk: APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SETAHUN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 1)


Sila klik tajuk di atas untuk melihat ‘siri 2’
Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. Di kesempatan ini, ingin kami mengemukakan cara termudah untuk menghafaz Al-Qur’an. Keistimewaan teori ini adalah hafalan yang mantap akan diperolehi, selain daripada singkatnya waktu yang bakal ditempuh untuk mengkhatamkan seluruh Al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikkan dan insya Allah amat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin menghafaznya. Berikut, kami bawakan contoh dalam mempraktikkannya:

Misalnya, jika anda ingin menghafaz surat An-Nisa, maka anda bolehlah mengikuti teori berikut ini:

1- Bacalah ayat pertama 20 kali:

2- Bacalah ayat kedua 20 kali:

3- Bacalah ayat ketiga 20 kali:

4- Bacalah ayat keempat 20 kali:

5- Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir
menggabungkannya
sebanyak 20 kali.

6- Bacalah ayat kelima 20 kali:

7- Bacalah ayat keenam 20 kali:

8- Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

9- Bacalah ayat kelapan 20 kali:
10- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

11- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikianlah seterusnya hingga selesai seluruh Al-Quran.


Perlu diingat
, jangan sampai menghafaz dalam sehari lebih dari satu perlapan juzu’ agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.


semoga kita dapat praktikkan… Me Too


Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

%d bloggers like this: