Cara Hidup Menurut Panduan Yang Ditunjukkan Oleh Rasulullah SAW

Terdapat tujuh jenis mimpi palsu, iaitu:


1. Mimpi yang
mengelirukan, iaitu mimpi yang disebabkan oleh tekanan, harapan yang besar atau fikiran sendiri.
2. Mimpi
seksual yang mewajibkan seseorang mandi wajib (ghusul) jika berakhir dengan terkeluarnya air mani. Mimpi sebegini tidak mempunyai takwil atau ta ‘bir.
3. Mimpi yang berupa peringatan oleh syaitan atau mimpi yang 
menakutkan.
4. Mimpi yang didorong oleh
sihir jin, atau ilusi mereka sendiri. Mimpi sebegini adalah sia-sia.
5. Mimpi yang dipelihatkan oleh
syaitan, dan mimpi sebegini tidak dikira sebagai mimpi.
6. Mimpi akibat dorongan fikiran dan kehendak diri sendiri ketika dalam keadaan bingung atau menghadapi
tekanan jiwa.
7. Mimpi yang disebabkan oleh kesakitan atau penderitaan
penyakit fizikal.

Mimpi yang benar merupakan khabar gembira daripada Allah S.W.T. Dalam mimpi sebegini, seseorang melihat dirinya dalam keadaan aman dan tenteram, atau memakai pakaian yang indah atau memakan makanan yang baik serta membangkitkan selera.

Syeikh Abdul Ghani Nabulsi membahagikan mimpi yang benar kepada lima kategori, iaitu:


1.   Pandangan yang telus dan jemih oleh
seorang yang salih tentang sesuatu yang benar-benar terjadi sebagaimana yang dilihat dalam mimpi. Inilah mimpi yang dikenali sebagai salah satu daripada empat puluh enam sifat kenabian, termasuk mimpi Rasulullah s.a.w. memasuki Kota Makkah dan Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya. Seorang pentakwil mimpi pernah berkata, “Beruntunglah orang yang melihat mimpi yang benar, kerana mimpi itu datang secara langsung daripada Allah S. W.T., tanpa perantara.”
2.   Mimpi yang berupa peringatan atau teguran secara langsung daripada Allah S.W.T. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya: “Mimpi yang baik ialah mimpi yang mana engkau melihat Tuhanmu, atau nabimu, atau ibu bapamu yang muslim.” Seseorang bertanya,” Ya Rasulullah, dapatkah orang melihat Tuhan?” Baginda menjawab, “Raja melambangkan Tuhan, dan Tuhan ialah raja dalam mimpi seseorang.”

3.   Mimpi yang diperlihatkan kepada kita
oleh malaikat, iaitu Siddiqun. Malaikat yang diredhai ini mungkin datang dalam mimpi seseorang dan dengan izin Allah menyingkapkan sebahagian daripada apa yang diajarkan oleh Allah S.W.T. kepadanya daripada apa-apa yang tertulis di al-Lawh al-Mahfuz. Allah S.W.T. juga mengajarnya untuk memberikan perumpamaan dan cara penyampaian yang dapat difahami oleh manusia.
4.   Mimpi yang menampilkankiasan, pewujudan atau simbol yang dapat difahami maksudnya. Mimpi sebegini datang daripada ruh yang baik atau jiwa yang diberkati, misalnya ketika malaikat datang
dan berkata, “Isterimu ingin meracunimu melalui tangan sahabatrnu, si polan.” Dalam kes ini, malaikat atau jiwa yang diberkati itu secara tidak langsung memberikan isyarat bahawa sahabatnya mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, kerana penyelewengan memerlukan perancangan tersembunyi, dan racun membawa konotasi penyamaran.
5.   Mimpi yang melibatkan penyaksian. Misalnya,melihat diri sendiri memukul dram, atau memainkan alat muzik dalam masjid atau tempat ibadat. Dalam kes sebegini, mimpi tersebut boleh bermaksud meminta ampun atas dosa secara terbuka. Unsur penyaksian ini menampilkan perkara yang berlawanan dengan apa yang dilihat seseorang itu, misalnya melihatdirinya menari, atau membaca al-Qur’an dalam bilik mandi. Dalam kes ini, perkara tersebut bermaksud dia akan terlibat dalam suatu skandal dan reputasinya akan musnah, kerana bilik mandi ialah sebuah tempat umum, di mana rahsia peribadi seseorang boleh menjadi bocor jika tidak berhati-hati terhadap tingkah lakunya di situ.

Mimpi kanak-kanak juga mempunyai kebenaran, kerana Nabi Yusuf a.s. ketika berusia tujuh tahun telah melihat dirinya dan saudara-saudaranya dalam mimpi. Mimpi seorang wanita ketika haid juga mempunyai kebenaran kerana sebahagian agama melihat wanita tidak perlu melakukan mandi waj ib jika hendak kembali menunaikan ibadah.

Nabi Daniel a.s. menjelaskan bahawa malaikat mimpi Siddiqun ialah malaikat yang paling besar. Jarak antara bahu dengan telinganya sama dengan tujuh ratus tahun perjalanan berjalan kaki. Perumpamaan malaikat ini ialah seperti matahari. Jika terbit, maka terang-benderanglah segala sesuatu. Dengan izin Allah S.W.T. dia mengajar kaum muslimin, membimbing mereka dan menjelaskan kepada mereka ketentuan-ketentuan tersembunyi bagi mereka, sama ada baik atau buruk, di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Ketika dia membawa sesuatu peringatan, atau menyampaikan potongan berita dalam sesebuah mimpi, ia bertujuan untuk membantu seseorang menghadapi kesukarannya dengan kesenangan, ketetapan hati serta tanpa tekanan ketika perkara itu terjadi.

Mimpi yang benar seperti ini biasanya terjadi dalam beberapa hari selepas kesukaran tersebut dihadapi. Mimpi ini datang sebelum fajar atau selama hari siang. Ja’afar al-Sadiq pernah berkata, “Mimpi yang benar ialah mimpi yang terlihat selama tidur siang.

Kadang-kala, seseorang berhasil melakukan sesuatu dalam mimpinya, tetapi hakikatnya ia bermaksud keberhasilan orang lain, umpamanya isterinya, anaknya, rakan pemiagaannya, atau orang lain yang mempunyai nama yang sama dengannya. Perkara sebegini terjadi kepada Abu Jahal ketika dia bermimpi melihat dirinya menerima Islam dan mengucapkan sumpah di hadapan Rasulullah s.a.w. Abu Jahal mati sebagai seorang kafir dan anaknyalah yang melaksanakan apa yang terlihat dalam mimpi bapanya.

Umm al-Fadl pernah menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Ya Rasulullah! Aku melihat mimpi yang buruk.”Baginda menjawab, “Semoga mimpi itu diberkati.” Wanita itu menyambung, “Aku melihat sepotongdagingmu diletakkan di pangkuanku.” Rasulullah s.a.w. tersenyum dan menjawab, “Puteriku, Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau akan memangkunya.” Kemudian, Fatimah r.a. melahirkan seorang anak lelaki, dan Umm al-Fadl meletakkan bayi itu di pangkuannya.

Menurut Imam Jami,Zulaikha ialah seorang permaisuri yang cantik dan puteri seorang raja dari sebuah negeri di barat laut Afrika. Ketika masih muda, Zulaikha bermimpi tentang seorang pemuda tampan yang memiliki keindahan, kebaikan, kesucian, dan kejujuran yang menawan, dan beliau jatuh cinta terhadap lelaki itu. Zulaikha memendamkan cintanya itu secara diam-diam. Mimpi itu terjadi tiga kali, dan pada kali ketiga, befiau memberanikan dirinya untuk bertanya pada lelaki itu nama dan asal-usulnya. Dalam mimpi itu, lelaki tersebut tidak memberitahu namanya tetapi mengatakan bahawa dia ialah menteri kerajaan Mesir. Demikianlah, lelaki dalam mimpi tersebut menarik seluruh perhatian Zulaikha.

Akhirnya, bapa Zulaikha mengetahui alasannya menolak pinangan raja dan putera dari seturuh pelosok dunia kerana mempersiapkan diri hendak berkahwin dengan menteri kerajaan Mesir. Ketika rombongan Zulaikha sarnpai di Mesir, beliau mengintip melalui tirai dan melihat bahawa lelaki yang menjadi wazir Mesir bukanlah lelaki yang dilihat dalam mimpinya. Kemudian, dalani mimpi yang lain, Zulaikha diberitahu bahawa menteri Mesir yang dicintainya itu bukanlah menteri yang ada sekarang ini, tetapi orang inilah yang akan melindunginya sehingga dia bertemu dengan lelaki dalam mimpi yang dicintainya itu. Zulaikha menanti dengan penuh rindu dan yakin.

Suatu hari, seorang pedagang asing telah menemui Nabi Yusuf a.s. dalam sebuah perigi lalu membawanya untuk dijual di Mesir. Setiap orang yang merasa mampu ingin membeli Nabi Yusuf a.s., tetapi takdir menentukan baginda jatuh ke tangan Zulaikha, yang telah mendapat pengetahuan tentang erti Sebenar daripada pemberian Ilahi. Setelah suaminya meninggal dunia dan beliau kehilangan kecantikan, kemudaan, kesihatan dan kemuliaannya, barulah Nabi Yusuf a.s. dilantik menjadi menteri kerajaan Mesir. Baginda dapat membezakan yang sejati daripada yang sementara dan yang palsu. Berkat doa baginda, Allah S. W.T. mengembalikan kesihatan, kemudaan dan kecantikan kepada Zulaikha dan mereka berkahwin dalam kesucian, , dan peribadatan yang murni kepada Allah S.W.T.

Rujukan: Muhammad Ibnu Sirin (Terjemahan: Abdul Hamid & Azman Ayob). 2004. ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI MENURUT TRADISI ISLAM. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd. m.s 9-13.
http://www.crescentbook.com/crescentbook/index.html

%d bloggers like this: