Cara Hidup Menurut Panduan Yang Ditunjukkan Oleh Rasulullah SAW

Archive for Februari, 2009

Dakwah dan Politik

Artikel ini dipetik daripada fokus khas yang bertajuk ‘Rakyat muak dengan UMNO’ yang termuat dalam akhbar Harakah keluaran 20 – 23 Safar / 16 – 19 Februari 2009 m.s 12 dan 13. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui email. Beliau menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadith antra kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikal oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Dari sudut politik apakah yang boleh Dr nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?

Saya ingin nasihati diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam risalahnya ‘Uridu ah atahaddatha ila al-Ikhwan’ (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini;

“Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur,”

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. la meliputi akal dan jiwa, roh dan jasad. la bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. la terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. la terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya.

Istimewanya dakwah dan kesungguhan
para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus daripada amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

Pemimpin PAS diharap dapat mempertahankan parti Islam itu daripada dijangkiti penyakit yang membawa masalah kepada Umno

Tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?

Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. la sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.

Kata Abul Hasan lagi: “Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu daripada matlamat mereka, Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua daripada tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semula jadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya”.

Katanya juga: “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti daripada dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jemaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

“Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah -, daripada segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

“Daripada kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya daripada ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasih kasihan kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

“Jika pada
satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah-tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.”

“Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

“Semua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini, Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w. hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?

Advertisements

Anak siapakah ini?

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

“Abg nak beli kuih?” Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

“Tak apalah dik… abg dah pesan makanan,” jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya… ” Nak tak beli kuih saya bang.. Pak cik… kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

“Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

” Ambil ni dik! Abang sedekah… tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abg nak beli semua ke?” dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang…..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

http://blog.azhad.com/2005/02/pegangan-hidup.html

Khadam

“Setiap ayat Quran ada khodam…tak takde masalah main khodam”, “Ini khodam sedulur papat”…Begitulah antara cakap-cakap orang yang belajar ilmu khodam. Disini saya tidak bermaksud membicaranya dengan hujah-hujah dari Quran tapi mau membicaranya secara sederhana saja.

Ya memang benar, hampir kesemua para guru kebatinan menyatakan setiap wirid, ayat Quran yang kita amalkan untuk kebatinan ada khodamnya. Khodam ertinya penolong dan dimaksudkan disini penolong secara ghoib. Dalam versi ilmu hikmah memang ada ilmu melibatkan khodam dari kalangan jin dan malaikat akan tetapi dari kalangan jin beragama Islam dan soleh. Itu hanya teorinya saja….hakikatnya belum tentu khodam yang datang itu benar-benar seperti dalam teori. Kebarangkalian untuk ditipu adalah besar…yang datang hanya jin-jin munafik dengan tujuan memusnahkan manusia. Kerana itu perlu belajar dengan guru yang betul-betul arif.

Begitu juga khodam-khodam dari versi ilmu kejawen. Kebanyakkannya menggunakan jin-jin bertahap rendah yang harimau, buaya, ular, kera, burung dan sebagainya lagi.

Kita yang belajar tidak mengetahuinya kerana teori bahawa ini ilmu ampuh, amalan para sesepuh, yang benarnya mengundang jin-jin berupa binatang mari menempel ke tubuh kita. Bila sudah sebati…dan kita mati, itu akan mengundang masalah kepada kaum kerabat kerana jin akan mencari warisnya disebut dengan istilah “saka”.

Lebih baiknya dalam mengamalkan suatu ilmu kebatinan tidak melibatkan khodam khusus seperti amalan para ulama arifin yang kuasanya hanya terletak pada Allah bukan khodam-khodam yang memainkan peranan dalam meampuhkan suatu amalan. Kita beramal tapi kelebihannya hanya Allah yang berikan. Bukan beramal nanti dapat khodam untuk diarahkan berbuat sesuatu. Sebetulnya kita tak berkuasa mengarah khodam…teorinya sebelumnya anda terpaksa wiridkan dengan jumlah tertentu barulah khodam itu bekerja makna kata anda beri makanan kepada khodam tersebut dan anda seperti orang gaji dan khodam itu bos. Seperti khodam kerezkian…sebelum buka kedai makan kene baca amalan dia…pastu khodam itu akan bekerja…melambai-lambai, membisikkan kata-kata indah pada naluri orang ramai yang lalu depan kedai anda.

Khodam khusus ini adalah….contohnya selepas mengamal ilmu pendinding versi kejawen lalu dapat khodam pendinding, khodam ini yang akan berdamping dengan kita sentiasa. Juga disebut khodam ilmu oleh setengah pengamal.

Tidak mendatangkan masalah kepada pengamal? Itu hanyalah iklan memancing, cubalah kalau berani anda belajar ilmu khodam kemudian hentikan amalan wiridannya, nanti dah bertahun khodam pendamping anda akan mula membuat kacau, urusan bisnis jadi kacau, anak-anak selalu sakit-sakit, ular selalu masuk rumah, pendek kata akan ada gangguan. Cuma kita anggap ini mesti ada jin kacau…lalu kita pun amal balik wirid berkhodam tadi. Untung-untung gangguan sudah tiada…ya benar tiada kerana khodam dah baik kerana dapat makanan dari wirid yang kita baca.

Kalau katanya tiada gangguan pun tinggal amalan, khodam tak mari kacau pun…pada pandangan saya anda tidak diberi khodam satu pun, makna kata anda ditipu oleh guru anda atau guru anda pun ditipu oleh jin. Guru anda mengirim khodam…khodam itu pergi sekejap lalu menghilang, makna kata jin itu sudah permainkan anda dan guru anda. Atau pun guru anda sudah menarik balik khodam dari anda. Jarang benar guru ilmu khodam yang betul-betul menguasai ilmu khodam.

Dalam ilmu hizib pun ada 2 jalan, satu jalan yang benar, anda terima ijazah lalu amalkan wiridnya dengan caranya yang tertentu, yang mana segala khasiat hanya dengan kelebihan ayat-ayat Quran dari hizib tersebut dengan izin Allah jua. Jalan kedua anda terima ijazah langsung guru itu cakap diberi khodam hizib nasr, khodam hizib bahr yang mana kelebihan itu sudah bersandar pada khodam dan bukan pada kelebihan ayat Quran (sudah sediakala ada).

Dalam perubatan atau perkelahian menggunakan ilmu khodam, ianya tergantung kekuatan wiridan anda. Kuat anda berwirid kuatlah khodam anda dan akan menanglah anda bila berlawan dengan khodam bomoh lain.

Begitu juga khodam sedulur papat….selagi namanya jin lama-lama ia akan menipu kita juga. Contohnya dalam ilmu terawangan, mula-mula betul lama-lama dah serong ke lain.

Semua cerita ini sebahagian besarnya adalah pengalaman diri saya sendiri. Jadi kalau mau belajar, cari guru-guru tidak menggunakan khodam, guru hikmah yang benar-benar arif, atau tak payah belajar terus.

http://antalhaq.blogspot.com/2007_05_14_archive.html

Biografi YAB Dato’ Seri Ir. Hj Mohd Nizar Jamaluddin



Selepas kemenangan Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) dalam pilihanraya Mac 2008 lalu, Perak dikatakan negeri ‘panas’ kerana diterajui tiga komponen parti pembangkang. Bertambah unik, Menteri Besarnya dilantik dari parti yang paling sedikit jumlah kerusi yang dimenangi iaitu PAS. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, YAB Dato’ Seri Ir. Hj Mohd Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar. Temujanji dibuat untuk bertemu Menteri Besar sejurus pelantikannya tertangguh hampir dua bulan kerana jadualnya yang padat. Terima kasih diucapkan kepada Setiausaha Politik beliau, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang berusaha juga mengatur pertemuan kami. Akhirnya temujanji dibuat di kediaman rasmi beliau di Ipoh, Perak.

Kami tiba tepat jam 9.00 pagi. Ketika melewati bahagian belakang rumah, kelihatan seorang gadis berusia lingkungan 20-an sedang menyidai pakaian. Ketibaan kami disambut Setiausaha Politik beliau. Beliau memberitahu MB sedang bermesyuarat dengan unit keselamatan untuk program meraikan kemenangan Pakatan Rakyat di Stadium Perak malam esoknya, Kami menunggu kira-kira 30 minit sementara isteri MB bersiap. Kami dimaklumkan beliau sedang membasuh pakaian ketika kedatangan kami dan gadis yang saya temui sebentar tadi adalah anak sulungnya!

Sejurus kemudian kami ditemukan dengan isteri dan anak-anak beliau. Perkongsian hidup bersama Datin Seri Hajah Fatimah Taat, 44, selama 20 tahun dikurniakan lapan orang cahaya mata, lima lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang keempat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa institusi pendidikan daiam negeri.

Menyingkap kehidupan barunya kini, menurut Hajah Fatimah, pada peringkat awal sukar baginya menerima perubahan daripada seorang isteri ahli biasa kepada isteri Menteri Besar. Tambahan keadaan seperti di Perak. Namun beliau bersyukur kerana anak-anak memberi sokongan. Sebagai isteri, sudah menjadi tugasnya untuk berdamping dan memberi sepenuh sokongan kepada suami. Cuma masa suaminya bersama keluarga agak terbatas. Jika sebelum ini beliau banyak bersama keluarga kerana bertugas sepenuh masa dengan parti tapi sekarang apabila sudah jadi wakil rakyat dan Menteri Besar, banyak perlu dikorbankan. Menyentuh peribadi YAB. Ir. Nizar, menurutnya beliau seorang yang rapat dengan anak. Walaupun sibuk, beliau akan mencari masa terluang untuk bersama anak. Selalunya beliau berjumpa anak-anak di waktu pagi sebelum ke pejabat. Beliau juga seorang yang kuat bekerja dan ikhlas dalam perjuangan.

Perbualan kami turut disertai anak sulung pasangan ini , Fatihah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yong. Beliau yang baru saja tamat pengajian di Jordan, masih belum memikirkan mencari pekerjaan kerana ingin membantu ibunya melayan tetamu yang tidak putus berkunjung. Menurutnya, dari kecil bapanya menekankan mengaji al-Quran setiap malam. Mereka tiga beradik (yang bersekolah ketika itu) di hantar ke Maahad Tahfiz di Kelantan. Mereka menurut sahaja tanpa berasa tertekan walaupun ketika itu masih bersekolah rendah. Beliau yang turut aktif berpolitik merupakan Setiausaha Nisa’ Perak, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Perak dan HALWA Perak. Beliau sudah biasa dengan suasana itu kerana ketika di Maahad mereka dilatih untuk menjadi pemimpin.

Beliau juga merupakan Timbalan Dipertua Badan Kebajikan Anak Perak Jordan. “Sebagai anak, saya puji keperibadian abah. Saya lihat dia tidak seperti orang lain. Dia tenang ketika menghadapi situasi mencabar dan tekanan sekeliling. Dia tak pernah bawa masalah luar ke rumah. Ketika keadaan amat getir di awal pelantikannya sebagai Menteri Besar, beliau bersikap seperti biasa saja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kami tak tahu dalamannya bagaimana. Mungkin adik-adik salah satu faktornya. Bila pulang ke rumah, abah tenang dengan telatah adik-adik. Keluarga adalah penguatnya”. Beliau berharap hubungan di antara kerajaan Pakatan Rakyat akan terus berkekalan. Pandangannya bukan mudah untuk mengharapkan semua rakyat faham segala yang berlaku. Cukuplah sekadar rakyat memberi sokongan dan berdoa diberi kemudahan untuk bapanya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Perbualan Kami terhenti kerana kehadiran YAB Nizar menyertai perbualan Kami. Beliau senang disapa sebagai Tuan Haji saja. Kami dahului dengan ucapan tahniah di atas perlantikannya, sebaliknya beliau pula mengucapkan terima kasih atas kesusahan kami yang datang dari jauh untuk menemuinya dan terpaksa menunggu agak lama. Kami memulakan perbualan dengan menyingkap latar belakangnya. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan dan menjalankan beberapa projek besar negara. Beliau menjalankan perniagaan sendiri dan ketika itu aktif terlibat dalam parti. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Melihat kepada latar belakang pendidikannya, timbul pertanyaan kenapa beliau yang berpendidikan sekular memilih aliran agama untuk semua anaknya. Dengan kata-kata yang teratur beliau menjawab persoalan kami. “Pada asasnya memang pendidikan saya dipanggil sekular. Dari peringkat rendah saya masuk ke sekolah yang bercampur dengan bangsa asing. Bila meningkat ke sekolah menengah persekitaran saya masih serupa hinggalah ke luar negara. Ketika di England timbul perasaan ingin mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Alhamdulillah suasana di sana dan rakan-rakan yang mendampingi saya adalah rakan-rakan yang berasaskan agama. Saya fikirkan setelah 17 tahun saya jahil, inilah masa terbaik untuk saya mendapat pendedahan agama. Ketika itu di tahun 60-an institusi keagamaan terhad, tidak seperti sekarang”.

Beliau mendirikan rumah tangga selepas setahun kembali ketanahair. Beliau menerapkan prinsip keagamaan dalam rumah tangga untuk menebus kembali tempoh 18 tahun yang dialaminya. Beliau tidak mahu anak-anak mengikut circle yang sama. Jika sebelum berkahwin, isterinya bekerja tetapi selepas berumahtangga beliau menjadi suri rumah tangga sepenuh masa kerana ingin pendidikan anak itu seratus peratus di bawah kawalan dan pentarbiyahan mereka suami isteri. Beliau menekankan amalan fardu ain dalam kehidupan harian. Mengambil berat soal soiat fardu sehinggakan jika mereka ada program luaran di sekolah, mereka ditekankan bab melaksanakan solat. Mereka tidak boleh sebebasnya keluar rumah tanpa melaksanakan tugasan yang wajib. Walaupun mempunyai anak yang ramai, beliau tidak segan membawa anak-anak solat berjamaah di masjid.

Satu keistimewaan Menteri Besar Perak ini, beliau fasih berbahasa Mandarin, Tamil dan bahasa Arab. Malah beliau turut menjadi imam dan khatib solat Jumaat. Kelebihan ini menjadi bonus kepadanya untuk berdamping dengan segenap lapisan masyarakat. Beliau mengakui jadualnya kini terlalu padat
berbanding sebelum ini. “Memang sekarang sibuk sikit berbanding dulu. Masa perlu diatur mengikut konsep pengurusan masa. Sebelum ini masa saya agak fleksibal. Tetapi sekarang kena kembali kepada time management untuk mengoptimumkan masa bagi aktiviti kekeluargaan, sendiri atau negeri. Hingga kadang-kadang masa yang diperuntukkan untuk beramal ibadat, peribadi dan tugasan-tugasan perlu diikuti sebaik-baiknya”.

Beliau turut meminta muslimat agar memberikan sokongan dalam penglibatan suami mereka dalam kerja jamaah kerana dalam jamaah ada pentarbiyahan dan pentarbiyahan akhlak. Apabila mereka menyokong penglibatan suami dan memelihara tanggungjawab mereka sama ada harta atau anak, Allah memberikan ganjaran yang besar kepada mereka. Zaman sekarang adalah zaman berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Muslimat turut berperanan untuk menangani segala gejala negatif yang wujud dalam masyarakat hari ini.

Sebelum pulang kami sempat meminta beliau bergambar di hadapan kereta BMW antiknya yang digunakan untuk tugas parti sebelum ini. Menurutnya, kereta tersebut banyak jasanya dalam kerja-kerja parti. Beliau tidak berhajat untuk menjualnya kerana ia memiliki nostalgia tersendiri.

Sumber:
Majalah Al-Muslimah bil. 205 Julai 2008. Selangor: Syarikat Al-Muslimah. m.s 32-34
http://majalahmuslimah.blogspot.com/

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan

رَبـَّــنـَــا.……………………۝

Maksudnya

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.



Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)

Untuk amalan

رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى…………..الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ ۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.



Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

Untuk amalan

رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى………………..۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).


Rujukan:
http://transliteration.org/quran/Transliteration/FramSearch.htm


http://praytime.info/quran.php?sid=25&vid;=0


http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/046.html

Selamat Pengantin Baru……Eh?…..

بـَــيـْــتـِــى جـَــنـَّــتـِــى : rumahku syurgaku

Pada 6 Februari 15 tahun yang lalu ……..
“Aku terima nikah’nya’ fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai.”
“Eh, orang dah lalu highway, dia ikut jalan lama lagi, sebut “aku terima nikah, bukan nikahnya”. Kata Pak Imam.
Aduh, aku dah berpeluh-peluh ni…… banyak songel plak! ……….
(ulang semula) “(Pak Imam)……………”
Aku tarik nafas, “Aku terima nikah fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai”
“Sah?”
“Saaaaaaahhhhhhh”
Alhamdulillah………….

MUSIM-MUSIM PERKAHWINAN

Musim-musim perkahwinan,
menyingkap tabir rahsia,
isteri yang kita nikahi,
tidaklah semulia Khadijah,
pun tidak setabah Fatimah,
justeru dia hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah.

Musim-musim perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama,
isteri itu tanah, kita langit penaungnya,
dia ladang tanaman, kita pemugarnya,
dia kiasan ternakan, kita gembalanya,
dia adalah murid, kita mursyidnya,
dia bagaikan anak kecil, kita tempat bermanjanya,
saat dia menjadi madu, kita teguk sepuasnya,
saat dia menjadi racun, kitalah penawar bisanya,
dia tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Musim-musim perkahwinan,
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
kita belajar meniti sabar dan redha,
memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
justeru kita tersentak dari alpa,
kita bukannya Rasulullah,
pun bukan Saidina Ali Karramallaahuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.

(Sajak oleh Abu Akil, Majalah An-Nasihah th 80an)

Untuk adik-adik yang masih bujang, kami nak berpesan;


(Gambar drp: http://s209.photobucket.com/albums/bb22/hamizanhazwan/?action=view&current;=taknakcouple.jpg )
Tak boleh baca tulisan? Klik gambar.
(Walaupun kedapatan juga yang bercinta macam nak ‘rak’ sebelum kahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat…………..)

Dengan rahmat dan taufik hidayah daripada Allah S.W.T, alhamdulillah
kami bercinta selepas bernikah, berkenalan setelah bertunang, bertunang selepas puas hati dengan istikharah…….. berbulan madu hingga kini……..moga bahagia hingga ke syurga.

إن شاء الله. آمين آمين آمين يا رب العالمين

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI AKHIR – 5)

zwani.com myspace graphic comments
Islam Graphic Comments

KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1. Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syeikh yang boleh membetulkan bacaan anda jika salah.

2. Hafalkanlah setiap hari sebanyak dua muka surat, satu muka surat selepas subuh dan satu muka surat selepas Asar atau Maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan mampu menghafal al-Qur’an secara mutqin dalam tempoh waktu setahun, akan tetapi jika anda memperbanyak jumlah hafalan setiap hari, maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang terlupa.

3. Hafalkanlah mulai dari surah an-Nas hingga surah al-Baqarah (membalik urutan al Qur an), kerana hal itu lebih mudah.

4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu yang baik dalam cetakan mahupun bentuknya, agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.

5. Sesiapa yang menghafal al-Qur’an, kebiasaannya dalam tempuh dua tahun pertama akan mudah hilang apa yang telah dihafal. Tempuh ini disebut masa ‘tajmi’ pengumpulan hafalan). Oleh kerana itu, jangan bersedih karena sukarnya mengulang atau banyak kekeliruan dalam hafalan. Ini merupakan masa cubaan bagi para penghafal al-Qur’an. Ini adalah masa syaitan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan daripada menghafal. Justeru jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, kerana menghafal al-Qur’an merupakan harta yang sangat berharga dan tidak dianugerahi kecuali kepada orang yang dikaruniai Allah S.W.T. Akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya serta mencontohi sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

%d bloggers like this: