Cara Hidup Menurut Panduan Yang Ditunjukkan Oleh Rasulullah SAW

MIMPI : Tentang Makkah

* Mimpi melihat kota Makkah, bererti akan menziarahi Ka’bah.

* Mimpi pergi menuju Makkah untuk urusan perdagangan, bukan untuk menziarah ke sana, bererti amat berminat sekali dengan kesenangan diniawi, atau bererti bertambah rezeki dan kenikmatannya.

* Mimpi berada di jalan kota Makkah, bererti Allah S.W.T. memberi rezeki menunaikan haji.

* Mimpi berada di kota Makkah, tetapi dia sibuk dengan soal-soal ibadah serta tidak mempedulikan urusan-urusan duniawi, bererti memperoleh manfaat dalam urusan duniawi atau akhirat.

* Mimpi berada di kota Makkah, tetapi dia sibuk dengan kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang buruk, bererti dia memperolehi sesuatu yang kurang menyenangkan.

* Menurut Ismail-As’as, mimpi melihat kota Makkah dalam keadaan makmur, banyak kenikmatan, bererti memperolehi kebaikan dan mendapat harta.

* Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang bermimpi berada di jalan kota Makkah, maka apabila dia sakit, bererti akan sembuh. Kadang-kala bererti sudah dekat ajalnya, isyaAllah.

* Mimpi berada di Tanah Haram kota Makkah, bererti aman dari segala keburukan dunia. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Ankabut 29:67 :
Bermaksud:”Apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, sedangkan manusia saling tangkap-menangkap di sekeliling mereka (berperang).”
Atau boleh juga bermaksud menunaikan haji.

* Mimpi melihat di Tanah Haram ada seorang raja yang adil, bererti kebaikannya terkenal, perbuatannya juga baik. Jika orang bermimpi ialah orang yang tidak baik, maka takwilnya juga tidak baik.

* Mimpi melihat Ka’bah, bererti melihat penguasa atau pegawai tinggi.

* Mimpi rumahnya menjadi Ka’bah, kemudian ramai orang-orang berziarah ke situ, bererti dia memegang kekuasaan tentang keperluan orang ramai, atau menjadi imam satu jemaah, atau dikurniai suatu kebaikan atau kenikmatan.

* Menurut Abdullah al-Karmani, mimpi melihat Ka’abah, bererti selamat, iman dan Islam. Jika yang bermimpi ialah orang sakit, bererti sembuh dan dikabulkan doanya.

* Mimpi wajahnya diusap dengan hajar aswad dan menciumnya, bererti bersahabat dengan para ahli ilmu dan memperolehi ilmu serta pelbagai faedah daripada mereka.

* Mimpi berada di makam Ibrahim, bererti pergi haji dan pulang dengan selamat.

* Mimpi melihat Kaabah tanpa diiringi ibadah haji atau amalpamal yang lain, bererti dia melecehkan agamanya.

* Mimpi tawaf mengelilingi Kaabah, dengan mengamalkan sesuatu daripada ibadah haji, bererti baik dalam ibadah dan urusan duniawinya, sesuai dengan banyaknya amal yang dia kerjakan.

* Mimpi menuju ke Kaabah, bererti tekun kepada kebaikan-kebaikan ibadahnya dan duniawinya, atau mengabdi diri kepada penguasa.

* Mimpi ibadah hajinya kekurangan amal-amal sunat, bererti terjadi sesuatu di dalam agamanya.

* Mimpi Kaabah berada di dalam rumahnya, bererti mempunyai kemuliaan, kebesaran dan kehormatan. Atau mengahwini seorang perempuan yang tinggi martabatnya, yang baik dan jujur.

* Mimpi melihat Kaabah dan melihat kekurangannya, maka takwilnya kembali kepada penguasa atan pegawai di situ.

* Mimpi memasuki Masjidil Haram, bererti selamat. Firman Allah S .W.T. dalam Surah Ali Imran 3:97
Bermaksud: Barang siapa memasuki Masjidil Haram, bererti selamat.”

* Menurut Ja’afar al-Sadiq, mimpi melihat Kaabah bererti khalifah, imam besar, serta selamat bagi orang mukmin.

* Mimpi berada di Safa, bererti bersih kehidupannya.

* Mimpi mengerjakan saie bererti berbuat kebaikan.

* Mimpi wukuf di Arafah, bererti menebus dosanya dan mendapat keampunan Allah S.W.T.

* Mimpi berada di Mina, bererti sampai kepada tujuan. Jika sakit bererti sembuh. Disebutkan juga bererti lepas daripada dosa atau mendapat kesembuhan. Disebutkan dalam sebuah syair Arab, yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang pagi-pagi pergi ke Hijaz dan La’la’, naiklah ke lembah Mina dan lembah Ajra’ dan tanah yang tidak menyesal bagi yang menuruninya. Di lembah Mina ada semacam ubat bagi semua hati yang sakit.”

* Mimpi berada di tempat-tempat tersebut di atas, bererti mendapat kebaikan.

* Mimpi mengerjakan ihram, bererti menyendiri dalam mengerjakan ibadah atau keluar daripada berbuat dosa.

* Mimpi mengerjakan ibadah haji, bererti baik pada umumnya.

* Mimpi mengerjakan ibadah haji dan kembali daripada haji, bererti tercapai cita-citanya.

* Mimpi berada di dalam suatu rombongan, bererti mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:

“Berjamaah itu adalah merupakan rahmat.”

* Mimpi berhenti di tempat perhentian bersama-sama rombongan, bererti mendapat ketenangan dan ketenteraman.

* Mimpi bersama-sama dalam satu rombongan tetapi ketinggalan, bererti peringatan, keinginan atau menangis.

* Mimpi berada dalam suatu rombongan kemudian mencari sesuatu tetapi tidak berhasil, bererti tidak baik.

* Kadang-kala mimpi melihat suatu tempat atau suatu kota boleh ditakwil dengan maksud yang terkandung dalam nama tempat atau kota tersebut, umpamanya Mina bererti harapan.

Rujukan: Muhammad Ibnu Sirin (Terjemahan: Abdul Hamid & Azman Ayob). 2004. ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI MENURUT TRADISI ISLAM. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd. m.s 531-535.
http://www.crescentbook.com/crescentbook/index.html

%d bloggers like this: